7 Kerjaya Yang Memerlukan Imaginasi Tinggi





Graphic designer
Kerjaya ini benar-benar menguji daya kreativiti anda. Ini adalah kerana anda perlu berimaginasi bagaimana untuk mempersonakan atau menarik minat pelanggan/penonton untuk melihatnya. Ia juga merupakan suatu penyelesaian masalah komunikasi yang disampaikan melalui visual. Dengan visual yang disampaikan, ia haruslah berjaya untuk menyampaikan tips, objektif atau pesanan mengenai sesuatu isu.
Professional marketing
Kerjaya ini memerlukan anda berimaginasi adalah kerana teknik pemasaran sentiasa berubah-ubah mengikut situasi. Anda pelu mengeluarkan idea-idea yang segar untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Tanpa imaginasi yang tinggi pasti teknik pemasaran yang anda cuba sampaikan akan ketinggalan dan tidak berjaya untuk menambat hati pelanggan.
Detective/Forensics
Seorang detective/forensics pasti akan membuat gambaran awal terlebih dahulu mengenai sesuatu kes yang cuba diselesaikan. Kemudian barulah ia akan disokong dengan bukti-bukti yang ada mengenai kes itu. Sekiranya bukti yang ada bercanggah dengan gambaran yang awal-awal tadi, mereka terpaksa untuk membuatkan gambaran lain sehinggalah satu-satu kes itu selesai.
Usahawan
Seseorang usahawan yang berjaya tidak akan tahu apa akan terjadi terhadap perniagaan mereka pada masa hadapan. Tetapi mereka sudah ada perancangan terhadap perkara yang perlu dilakukan sekarang untuk menjamin perniagaan mereka pada masa akan datang. Ini menunjukkan seorang usahawan perlu untuk berimaginasi tinggi.
Video game designer
Sebelum mereka sesuatu permainan video, ia hanyalah satu idea yang bermain di fikiran pereka. Kemudiannya barulah ianya disampaikan melalui visual untuk orang ramai pula memahami objektifnya. Pereka harus membayangkan terlebih dahulu mengenai sesuatu permainan itu kemudian barulah permainan itu akan dicipta.
Guru
Seorang guru yang baik haruslah sentiasa peka dengan cara berkomunikasi dengan pelajar mereka. Seorang remaja haruslah berkomunikasi cara remaja untuk mendapat hubungan yang baik. Untuk memahami seorang remaja, mereka juga perlulah berimaginasi ketika mereka masih remaja dahulu. Apa yang diinginkan pada zaman remaja. Barulah mereka akan mendapat rasa hormat dari pelajar mereka. Begitulah juga sekiranya mereka perlu mengajar budak-budak, orang tua dan sebagainya.
Chef
Seorang chef sentiasa perlu untuk mereka jenis masakan yang baru. Untuk mereka sesuatu masakan yang baru mereka haruslah berimaginasi tinggi untuk mereka sesuatu masakan yang belum pernah dilakukan.

7 Kerjaya Yang Memerlukan Imaginasi Tinggi 7 Kerjaya Yang Memerlukan Imaginasi Tinggi Reviewed by Admin on 10:38:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.