Hasil pemeriksaan yang dibuat, doktor mengesahkan dia telah dijangkiti virus HIV. Yer betul, pelakon terkenal, Zizan Nin lah orang yang dimaksudkan.
Opps, nanti sekejap! Sebelum timbul spekulasi yang bukan-bukan, dijelaskan bahwa berita ini sebenarnya adalah watak Zizan menerusi telemovie Titis Titis Merah yang bakal disiarkan di Astro 131 Citra pada 1 Disember (esok) 2011 pada pukul 11 malam.
Dalam telemovie ini, Zizan memegang peranan sebagai Nazri mangsa virus HIV, yang mana dia sendiri tidak ketahui dari manakah puncanya.
Dia dinasihatkan oleh majikannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana sering kelihatan lemah, mengalami selsema berpanjangan, serta hilang konsentrasi kerja (tanda-tanda awal simptom positif virus HIV).
Pemeriksaan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus HIV. Setelah diketahui majikannya, dia di nasihatkan untuk berhenti kerja, manakala keluarga dan masyarakat setempat pula menjauhkan diri dari Nazri. Bak kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga. Nazri dihina, dipulaukan serta dipandang jijik oleh masyarakat setempat. Dia terpaksa mengharungi kehidupannya sendirian setelah ditinggallkan isteri dan anaknya. Kedangkalan pemahaman mengenai pesakit HIV menyebabkan mereka di sekeliling Nazri menuduhnya dengan pelbagai tohmahan.
“Titis Titis Merah” sarat dengan mesej dan kesengsaraan pengidap HIV AIDS dan bertepatan dengan tayangannya bersempena dengan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember 2011. Arahan novelis terkenal, Abd Rahim Awang dimana antara novel tulisannya adalah Orang Ke 3, Obsesi, Mama, Saka, Meterai, Legasi, Jejak Jejak Songsang, Generasi Yang Hilang, Zamrud, Jaguh dan Konspirasi.
Bagi melakonkan watak Nazri, menurut kenyataannya di portal Gua.com, Zizan banyak membuat kajian melalui internet, pembacaan serta bantuan penulis yang juga pengarah telemovie ini.
“Sebagai seorang pelakon, saya percaya isu yang dipaparkan dalam telemovie ini adalah salah satu inisiatif untuk mendidik penonton agar celik dan bijak dalam menangani isu sejagat yang melanda dunia hari ini. Harapan saya, agar kita semua lebih terbuka apabila menonton cerita ini kerana ia mungkin akan berlaku kepada kita, ahli keluarga kita atau orang yang tersayang dengan kita suatu hari nanti” kata Zizan Nin.
Malah Zizan Nin sendiri pernah dilantik sebagai “MOTOROLA RED Ambassadors” pada 2008 mewakili Malaysia berganding bahu menyertai ‘MOTOROLA International RED Ambassadors’ untuk mengumpul dana bagi membasmi penyakit AIDS di Afrika.
Beliau berharap untuk terus beraksi dan diberi tawaran untuk melakonkan lebih banyak lagi watak seumpamanya dan tidak mahu hanya dilihat menyajikan hiburan semata mata, ujar pelakon filem kenegaraan "Tanda Putera" yang akan menemui penonton di pawagam pada tahun depan.

Zizan Nin Dijangkiti Virus HIV?
Reviewed by Admin
on
5:15:00 PTG
Rating: