Akhbar Sinar Harian telah menghubungi Johan Raja Lawak untuk mendapatkan reaksinya mengenai saman yang bakal dikenakan terhadapnya oleh rakan pengacaranya, Fauziah Ahmad Daud untuk Festival Filem Malaysia ke 24, tetapi tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai ‘ketelanjurannya’ itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan:-
Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab.
Kami rasa mungkin akan ada sidang akhbar berkenaan perkara ini dari Johan tidak lama lagi untuk memastikan apa sebenarnya reaksi Johan tentang tindakan yang bakal dikenakan oleh Fauziah. Ironinya di sini, Fauziah juga pernah dikenakan saman oleh Azwan Ali kerana satu kenyataannya semasa mengacarakan program Melodi satu ketika dulu. Azwan Ali walau bagaimana pun tidak berjaya dalam tuntutan samannya itu.
Johan Raja Lawak Tidak Mahu Komen Isu Saman Buat Masa Ini
Reviewed by Admin
on
11:03:00 PG
Rating: