Bayi Bermuka Dua



Bayi yang dilahirkan di Pakistan, berbeza dengan bayi biasa. Zee news memberitahu bayi kecil tersebut lahir dari rahim ibunya, Syahidah Perveen (30) memiliki satu badan namun mempunyai dua wajah dan telinga.
Jurucakap hospital tempat Syahidah melahirkan bayi tersebut mengatakan bahawa, setelah bayi unik tersebut dilahirkan ramai orang berusaha untuk menyaksikan sendiri bayi tersebut. Keadaan organ tubuh yang kembar pada satu tubuh ini dikenali dengan istilah perubatan craniofacial. Dalam keadaan seperti ini, nafas bayi tidak teratur dan daya tahan hidupnya tipis.
Kelainan ini terjadi kerana masalah genetik akibat perkahwinan antara pasangan yang mempunyai hubungan darah dan perkahwinan incest. Dr Ahmed menyarankan agar pasangan suami isteri berunding dengan doktor sebelum memutuskan untuk mempunyai anak. Ini dilakukan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Bayi Bermuka Dua Bayi Bermuka Dua Reviewed by Admin on 9:10:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.