Dr Ahmad Ramzi Dijatuhi Hukuman Penjaran Kes Ugut



Bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (gambar kiri) didapati bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya, termasuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Hakim Mahkamah Seksyen, M Bakri Abd Majid, setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk tertuduh yang memilih memberi keterangan bela diri secara bersumpah, memutuskan Dr Ahmad Ramzi bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman masing-masing tiga bulan penjara untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka YB Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri YB Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala untuk kesalahan memfitnah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Dato’ Wan Ahamad, dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

Hakim M Bakri memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berasingan.

Ketika membacakan keputusannya, hakim berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan, yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu, hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.

Sebelum itu, M Bakri berkata setelah membandingkan dengan teliti bukti-bukti, pihak pembelaan didapati gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan dihadapinya.

Dr Ahmad Ramzi merupakan bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu.


Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor
Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan hari ini
dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya,
Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul
Azami.

Ketika merayu hukuman diringankan, pihak pembelaan berkata kesalahan ini merupakan yang pertama dilakukan tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.

Tertuduh perlu menangung isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.

Dr Ahmad Ramzi juga memberi kerjasama yang baik kepada
pihak pendakwaan sepanjang kes berlangsung.

Pihak pembelaan juga meminta mahkamah hanya mengenakan
denda yang setimpal terhadap setiap kesalahan tertuduh.

Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan
hukuman setimpal terhadap tertuduh dan hukuman diminta
dijalankan berasingan terhadap setiap pertuduhan.

Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun
perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Dato’ Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Pihak pembelaan memohon mahkamah menangguhkan hukuman sementara pihaknya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum 1 Disember ini.

Hakim membenarkan permohonan itu dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Dr Ahmad Ramzi Dijatuhi Hukuman Penjaran Kes Ugut Dr Ahmad Ramzi Dijatuhi Hukuman Penjaran Kes Ugut Reviewed by Admin on 7:39:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.