Kanak-Kanak Di Hungary Menggunakan Terapi Bawah Air



Yayasan Gezenguz yang terletak di Budapest, Hungary, menggunakan terapi bawah air untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan daripada keturunan seperti autisme atau down syndrome.
Yayasan yang ditubuhkan Dr Judit Schultheisz pada 1990 tersebut, turut melibatkan ibu bapa dalam setiap sesi terapi demi menjalinkan komunikasi dan hubungan mesra dengan anak mereka.



Di dalam air, anak diajak berenang dan bermain. Terapi seperti ini dikatakan dapat membantu mengembangkan kawalan pernafasan dan mencipta keadaan santai serta releks. Selain memberikan stimulus yang baik bagi otak, terapi seperti ini juga boleh merangsang sistem kekebalan tubuh.
Aktiviti di dalam air seperti berenang amat bermanfaat menguatkan sistem motor kanak-kanak serta turut membantu meningkatkan konsentrasi, keseimbangan dan koordinasi anggota tubuh kanak-kanak.



Kanak-Kanak Di Hungary Menggunakan Terapi Bawah Air Kanak-Kanak Di Hungary Menggunakan Terapi Bawah Air Reviewed by Admin on 9:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.