Anuar Manan Bakal Melebarkan Sayapnya ke Eropah



PELUMBA basikal profesional Terengganu, Anuar Manan bakal melebarkan sayapnya ke Eropah selepas menyertai pasukan Champion System yang berpangkalan di Hong Kong, musim depan.

Dengan menyarung jersi pasu­kan divisyen dua berkenaan, pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai itu layak menyertai perlum­baan di Eropah.

Ia Sekali gus mengembangkan bakat dan juga mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan berbasikal.

Pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Cycling Team (TCT), akan kehilangan pelumba sensasi Anuar Manan, musim 2012 ini.

Pengurus pasukan, Ahmad Kamarul Idrus berkata, Anuar bakal menyertai pasu­kan divisyen dua, Champion System berpangkalan di Hong Kong bagi melayakkan beliau menyertai perlumbaan di Eropah.

Ahmad Kamarul berkata, Anuar meninggalkan TCT atau pasukan divisyen tiga untuk mengembangkan bakat dan juga mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan berbasikal.

Bagaimanapun, katanya kehilangan Anuar tidak menjejaskan pasukan TCT yang akan menghadapi banyak kejohanan lebih mencabar sepanjang tahun depan.

“TCT masih lagi mempunyai ramai pelumba setaraf Anuar seperti pemenang dua pingat emas di Sukan Sea baru-baru ini, Hariss Salleh.

“Kami tidak merasa kecewa dengan pemergian Anuar, sebaliknya berbangga kerana beliaulah satu-satunya anak Terengganu yang akan menyertai perlumbaan di Eropah,” katanya.

Katanya TCT yang diwujudkan kerajaan negeri, sekarang ini mempunyai sembilan pelumba tempatan dan empat pelumba import masing-masing dua dari Korea Selatan dan Jepun.

Anuar Manan Bakal Melebarkan Sayapnya ke Eropah Anuar Manan Bakal Melebarkan Sayapnya ke Eropah Reviewed by Admin on 7:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.