Dituduh Dalang Rampas Kuasa Di Turki, Bekas Rakan Baik Erdogan Tampil Beri Kenyataan



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bekas sekutu Presiden Truki Recep Tayyip Erdogan, Fethullah Gulen, 75 yang kini tinggal di Amerika Syarikat (AS) menafikan tuduhan dilemparkan beliau dalang di sebalik rampasan kuasa di Turki, lapor BBC.

Malah beliau dilaporkan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan tentera berkenaan yang mengorbankan banyak nyawa.

"Sebagai seorang yang menderita di bawah pelbagai rampasan kuasa tentera dalam tempoh lima dekad yang lalu, satu penghinaan apabila dituduh mempunyai hubungan dengan sebarang ancaman.

“Kerajaan perlu dimenangi melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil, tidak memaksa. Saya berdoa untuk kesejahteraan Turki, rakyat Turki dan semua yang berada di Turki,” katanya dalam satu kenyataan.

Erdogan sebelum ini dilaporkan telah menuduh Fethullah sebagai dalang serangan itu.

Sebelum ini, Fethullah merupakan rakan baik Erdogan malah dianggap sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Turki namun hubungan mereka retak apabila Presiden Turki itu mencurigai gerakan Hizmet dibuat Fethullah selain pengaruh kuatnya dalam masyarakat negara itu termasuk media, polis dan badan kehakiman.

Fethullah yang juga merupakan seorang pendakwah telah berpindah ke AS pada 1999 dan menetap di Pennsylvania sebelum didakwa sebagai pengkhianat Turki.

Perdana Menterinya, Binali Yildirim hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan itu bakal berdepan hukuman yang setimpal.

Setakat ini 2,800 tentera terlibat usaha rampasan kuasa itu dilaporkan telah berjaya ditahan dengan 161 daripadanya telah terbunuh dalam pertempuran tersebut.NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bekas sekutu Presiden Truki Recep Tayyip Erdogan, Fethullah Gulen, 75 yang kini tinggal di Amerika Syarikat (AS) menafikan tuduhan dilemparkan beliau dalang di sebalik rampasan kuasa di Turki, lapor BBC.

Malah beliau dilaporkan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan tentera berkenaan yang mengorbankan banyak nyawa.

"Sebagai seorang yang menderita di bawah pelbagai rampasan kuasa tentera dalam tempoh lima dekad yang lalu, satu penghinaan apabila dituduh mempunyai hubungan dengan sebarang ancaman.

“Kerajaan perlu dimenangi melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil, tidak memaksa. Saya berdoa untuk kesejahteraan Turki, rakyat Turki dan semua yang berada di Turki,” katanya dalam satu kenyataan.

Erdogan sebelum ini dilaporkan telah menuduh Fethullah sebagai dalang serangan itu.

Sebelum ini, Fethullah merupakan rakan baik Erdogan malah dianggap sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Turki namun hubungan mereka retak apabila Presiden Turki itu mencurigai gerakan Hizmet dibuat Fethullah selain pengaruh kuatnya dalam masyarakat negara itu termasuk media, polis dan badan kehakiman.

Fethullah yang juga merupakan seorang pendakwah telah berpindah ke AS pada 1999 dan menetap di Pennsylvania sebelum didakwa sebagai pengkhianat Turki.

Perdana Menterinya, Binali Yildirim hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan itu bakal berdepan hukuman yang setimpal.

Setakat ini 2,800 tentera terlibat usaha rampasan kuasa itu dilaporkan telah berjaya ditahan dengan 161 daripadanya telah terbunuh dalam pertempuran tersebut.


Dituduh Dalang Rampas Kuasa Di Turki, Bekas Rakan Baik Erdogan Tampil Beri Kenyataan Dituduh Dalang Rampas Kuasa Di Turki, Bekas Rakan Baik Erdogan Tampil Beri Kenyataan Reviewed by Admin on 12:25:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.