Pelakon Dan Pelawak Terkenal Ditahan Tipu Hartanah


KUALA LUMPUR 21 Julai – Sekurang-kurangnya 100 individu menjadi mangsa penipuan satu sindiket yang turut disertai oleh seorang pelakon dan pelawak terkenal melibatkan kerugian lebih RM10 juta.


Difahamkan, turut terlibat dalam penipuan itu ialah 13 individu lain termasuk dua lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid ketika dihubungi hanya mengesahkan mengenai penahanan pelakon dan pelawak berusia 40-an itu.

Sementara penahanan 13 individu lain itu tiada pengesahan dibuat setakat ini.

Ujar Roslan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menge­tahui sejauh mana penglibatan suspek dan sindiket dalam ke­giatan ini.

“Pelakon dan pelawak itu ditahan di rumahnya di Cyberjaya, kira-kira pukul 2 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kegiatan ini bukanlah dilakukan secara berseora­ngan tetapi secara bersin­diket. Jadi kita perlu menjalankan siasatan lebih lanjut mengenal pasti individu lain yang turut terlibat.

“Setakat ini, kita reman dahulu pelakon dan pelawak terbabit selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Satu sidang akhbar berhubung kes tersebut akan diadakan esok.


Sumber: Utusan

Pelakon Dan Pelawak Terkenal Ditahan Tipu Hartanah Pelakon Dan Pelawak Terkenal Ditahan Tipu Hartanah Reviewed by Admin on 10:15:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.