Tidak Percaya? Ini 6 Gambar Rumah Mampu Milik Yang Sudah Siap Berharga Cuma RM19,900



Jerteh – Pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Malaysia (KKM) berjaya membina sebuah rumah di sini dengan kos lebih murah dalam masa 22 hari melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

Rumah pertama hasil gabungan tenaga dan kepakaran pelajar dan pensyarah dari 11 buah KKM itu didirikan di Kampung Padang Landak Jerteh dengan kos RM19,900.



“Pelajar dan pensyarah daripada Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bergabung menggunakan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing merupakan satu kejayaan di saat penduduk miskin memerlukan tempat kediaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Komuniti itu di Kampung Padang Landak Jerteh di sini.




Idris turut menawarkan kepakaran pelajar dan pensyarah KKM dalam pembinaan rumah penduduk miskin di kawasan Parlimen yang mempunyai rancangan untuk membina rumah seumpama itu di negeri masing-masing.

Katanya negeri yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti untuk mendapatkan khidmat tersebut kerana kini terdapat sebanyak 104 buah KKM di seluruh negara yang boleh menawarkan khidmat pembinaan rumah komuniti secara sukarela itu.



Beliau berkata, melalui pembinaan Rumah Komuniti itu, kos perbelanjaan sebanyak RM40,000 untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) dapat dijimatkan hampir 50 peratus.

Rumah Komuniti pertama di Kampung Padang Landak itu diserahkan kepada Mohd Ghazali Mat Rani, 51. – Bernama

Tidak Percaya? Ini 6 Gambar Rumah Mampu Milik Yang Sudah Siap Berharga Cuma RM19,900 Tidak Percaya? Ini 6 Gambar Rumah Mampu Milik Yang Sudah Siap Berharga Cuma RM19,900 Reviewed by Admin on 8:36:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.