Pertama Di Dunia, Lihat Apa Yang Dicipta Oleh Penyelidik Dari Malaysia Ini Yang Sangat Menakjubkan!



SERDANG, 10 Jul — Sekumpulan penyelidik dan pakar daripada Akademi Sains Malaysia berjaya mencipta virus yang akan menjadi penawar kepada pesakit barah.

Seorang penyelidiknya, pakar genetik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata virus yang dicipta itu mampu membunuh sel barah sepenuhnya.

“Objektif utama kami adalah menghasilkan ejen pembunuh kanser yang murah selain mampu dimiliki semua lapisan masyarakat di Asia khususnya penduduk Malaysia.

“Pada peringkat ini proses ejen virus itu sedang dihasilkan di makmal profesor Datin Paduka Dr Khatijah Mohd Yusoff (ketua projek tersebut).

“Ia akan diuji pada pelbagai jenis sel kanser yang paling sensitif dan boleh bertindak balas dengannya,” kata Dr Abhimanyu Veerakumarasivam seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Beliau berkata kajian berkenaan belum pernah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik lain di dunia dan akan diuji kepada pesakit barah dalam lima tahun lagi.

Tambahnya, faktor genetik manusia yang berbeza-beza dan persekitaran antara penyumbang kepada berlakunya barah.

“Genetik setiap manusia berbeza-beza dan penyakit ini tidak semestinya diturunkan daripada genetik ibu bapa tetapi juga boleh tercipta daripada gen yang dimutasikan.

“Kira-kira 90 peratus penyakit kanser berpunca daripada persekitaran yang menyebabkan genetik termutasi dalam sel DNA sebelum kitaran sel bercelaru dan menjadi kanser,” katanya seperti dilaporkan.


Pertama Di Dunia, Lihat Apa Yang Dicipta Oleh Penyelidik Dari Malaysia Ini Yang Sangat Menakjubkan! Pertama Di Dunia, Lihat Apa Yang Dicipta Oleh Penyelidik Dari Malaysia Ini Yang Sangat Menakjubkan! Reviewed by Admin on 11:26:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.