Hina Seniman P Ramlee, Zed Zaidi Sekolahkan David Teo Kaw Kaw



KUALA LUMPUR, 10 Jul — Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures (MiG) kerana dianggap menghina Tan Sri P Ramlee.

David Teo Akhirnya Tampil Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Presidennya Zed Zaidi berkata David Teo tidak layak menghina seniman agung itu kerana filem-filem yang dihasilkannya jauh lebih rendah kualiti berbanding tokoh tersohor itu.

“Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee?

“Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya?

“Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo?” soalnya di laman Facebook miliknya hari ini.

David sebelum ini berkata syarikatnya MiG tidak hanya mahu melahirkan pelakon yang dikenali ramai tetapi juga mampu menjadi jutawan.

Tambahnya, tidak guna menjadi pelakon tetapi melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan P Ramlee.

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya-raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang.

“Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat.

“Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit,” katanya kepada ProjekMMO.

Zed berkata walaupun P Ramlee tidak dilimpahi kemewahan hidup semasa hujung hayatnya, namun seniman berkenaan kaya dengan mesej murni dalam filemnya.

Katanya, David perlu memohon maaf bukan sahaja kepada ahli keluarga P Ramlee tetapi kepada seluruh artis Malaysia.

“Seniman mendesak agar David menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada keluarga seniman agung P Ramlee kerana mengaibkan ikon seni negara sekeluarga.

“David juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap biadap dan kurang ajar,” katanya.



Hina Seniman P Ramlee, Zed Zaidi Sekolahkan David Teo Kaw Kaw Hina Seniman P Ramlee, Zed Zaidi Sekolahkan David Teo Kaw Kaw Reviewed by Admin on 9:01:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.