Inilah Fakta Tentang Pasukan Elit PDRM, STAFOC Yang Ramai Tidak Tahu



RAMAI yang inbox aku bertanyakan mengenai pasukan STAFOC yang menembak mati penjenayah kejam di Pulau Pinang baru-baru ini. Team mana pulak tu, tak pernah dengar pun? Yup, team ni memang baru diwujudkan, tak silap aku tiga tahun lepas.

Dalam B. Inggeris ia dikenali sebagai Special Task Force On Organise Crime (STAFOC) atau bahasa Melayunya Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang. STAFOC bersifat 'multi tasking' dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.



Masa mula-mula diwujudkan dulu, pasukan ini dianggotai 400 orang yang dilatih khusus dengan pengendalian senjata tertentu dan taktik mempertahankan diri. Ia diketuai seorang pegawai kanan berpangkat DCP dan anggotanya akan dilatih oleh dua pasukan komando polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando VAT 69.

Ada berani?

Dari Fb Tuan Syahril A. Kadir

Inilah Fakta Tentang Pasukan Elit PDRM, STAFOC Yang Ramai Tidak Tahu Inilah Fakta Tentang Pasukan Elit PDRM, STAFOC Yang Ramai Tidak Tahu Reviewed by Admin on 7:43:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.