Dituduh Melancong Ke Krabi, Ini Penjelasan Daripada Pejabat Timbalan MB Kelantan



Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Mohd Amar Abdullah dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini telah mengadakan lawatan rasmi keatas Gabenor Wilayah Krabi, Thailand.

Didalam perjumpaan mahabbah diantara pimpinan kedua wilayah ini, pelbagai perkara telah dibincangkan bersama, antaranya berkenaan industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal. Berteraskan dasar 'Think of Thailand, Think of Krabi', pihak berkuasa Krabi sekarang ini sedang giat membangunkan tarikan-tarikan pelancongan baru yang dapat menarik segmentasi pelancong yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat. Disamping itu, wilayah Krabi juga sedang dalam proses untuk dijadikan hab penghasilan produk halal terbesar di Thailand.

Menurut Gabenor Krabi, setiap tahun Krabi menerima kedatangan pelancong melebihi 10 juta orang. Tambah beliau lagi, pelancong tidak hanya datang menikmati keindahan alam , tetapi masyarakat muslim diseluruh dunia juga datang untuk menyelami kehidupan masyarakat Islam disini. Ini kerana, 
berdasarkan rekod, hampir separuh daripada populasi penduduk Krabi adalah beragama Islam. Malah, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan di Krabi pada sekarang ini dipolopori oleh masyarakat Islam dan giat mempromosikan pelancongan bebas maksiat.

Hasil daripada lawatan ini, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap kerjasama strategik dapat dijalankan diantara wilayah Krabi dan Negeri Kelantan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan dan pembangunan industri hub halal di kedua wilayah. Disamping itu, beliau menegaskan, hubungan dua hala diantara wilayah ini akan terus diperkemaskan pada masa hadapan bagi memastikan pelbagai faedah dan manfaat dapat diperolehi serta diaplikasi diantara Kelantan-Krabi.

Sumber: Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan

Dituduh Melancong Ke Krabi, Ini Penjelasan Daripada Pejabat Timbalan MB Kelantan Dituduh Melancong Ke Krabi, Ini Penjelasan Daripada Pejabat Timbalan MB Kelantan Reviewed by Admin on 2:18:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.