Jawatan Kosong Sebagai Pencuci Pinggan Dengan Gaji RM73,000 Setahun!



LONDON - ENGLAND. Mahu kerja dengan Ratu Elizabeth II dan tinggal di Istana Buckingham, London?

Dalam laman sesawang Istana Buckingham baru-baru ini, tersiarnya iklan jawatan kosong, iaitu ratu Inggeris tersebut memerlukan seorang pencuci pinggan khas dengan gaji tahunan sebanyak 16,755 Pound Sterling (RM73,000) setahun.

Bukan itu sahaja, sekiranya sah diambil bekerja, pihak istana akan menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam kepada pemohon dan dibenarkan tinggal di Istana Buckingham.

Sekiranya menerima arahan daripada pihak istana, dia juga perlu masuki istana lain milik kerabat raja England seperti Windsor Castle dan Balmoral untuk melakukan kerja mencuci.

Walaupun kerjanya hanya cuci pinggan, kebajikan yang disediakan cukup menarik. Selain disediakan makan dan tempat tinggal, tempoh kerja hanyalah lima hari seminggu, layak diberikan 33 hari cuti tahunan dan mempunyai skim persaraan.

Manakala syarat-syarat lain yang diperlukan ialah pemohon perlu mempunyai semangat berpasukan, perlu tepati masa, boleh dipercayai, minat dengan kariernya, sanggup bekerja keras dan bersifat agresif.

Dalam iklan tersebut, pihak istana tidak menetapkan pemohon sama ada memiliki pengalaman atau tidak tetapi perlu menjalani latihan yang bakal disediakan dalam istana.



Jawatan Kosong Sebagai Pencuci Pinggan Dengan Gaji RM73,000 Setahun! Jawatan Kosong Sebagai Pencuci Pinggan Dengan Gaji RM73,000 Setahun! Reviewed by Admin on 12:18:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.