Antara Sebab Tentera Sulu Menceroboh Sabah...



Sebelum British menjajah Borneo Utara, Sabah adalah milik Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.. Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah. Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.

British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”.
Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir. Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946

Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada SABAH.

Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.

cc : Sukan Star

Sumber :
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah
  2. http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/767_Report%20of%20the%20Commission%20of%20EnquiryNorth%20Borneo%20&%20Sarawak%20&%20IGC%201962.pdf Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962 (PDF)
  3. Graham E. Saunders (2002), A History of Brunei, RoutlegdeCurzon, p. 45, ISBN 9780700716982, capaian 2009-10-05
  4. Palawan Tourism Council: History of Palawan di Internet Archive. Dicapai 27 Ogos 2009.
  5. http://www.lawnet.sabah.gov.my/Lawnet/SabahLaws/Treaties/Protocol%28Madrid%29.pdf
  6. "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. July 1963. Capaian 2012-08-01.[1], Sabah Transfer of Sovereignty From the Sultanate of Sulu to the Republic of the Philippines. Accessed March 1, 2008.
  7. [2], Come clean on Sabah, Sulu sultan urge gov't. Accessed March 1, 2008.
  8. [3], Philippines' Claim To Sabah. Accessed February 28, 2008.
  9. The Star (May 29, 2008). [4]. The Star

Antara Sebab Tentera Sulu Menceroboh Sabah... Antara Sebab Tentera Sulu Menceroboh Sabah... Reviewed by Admin on 6:01:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.