Seorang anggota Unit Komando melakukan rondaan di Kampung Tanduo hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk bertindak jika diperlukan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani krisis di Sabah.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, sehingga kini ATM bertindak sebagai barisan kedua dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu.
"Kami tidak akan campur tangan operasi PDRM sehingga diberitahu kelak.
"Saya bukan pihak yang sepatutnya menjawab kerana insiden di Lahad Datu diketuai Kementerian Dalam Negeri dan PDRM," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku National Blue Ocean Strategy - Initiatives Undertaken By Mindef and Armed Forces, di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, rakyat perlu tahu maklumat yang tepat dan berskala berhubung situasi di Sabah khususnya Lahad Datu.
Namun katanya, sekiranya rakyat mendapat maklumat dari ruang siber tanpa mengetahui integriti sumber akan menyusahkan rakyat sendiri dan pihak berkuasa.
"Cara rakyat mendapat maklumat itu adalah melalui anda semua sebagai pengamal media yang mempunyai ilmu dan kredibiliti.
"Sedangkan media sosial tidak ada kredibiliti untuk memberikan laporan," katanya.
Isu Lahad Datu: ATM Sedia Bantu PDRM Jika Perlukan
Reviewed by Admin
on
12:52:00 PTG
Rating: