Foto berkenaan yang turut disertakan dengan percikan darah disedari kira-kira 7.30 pagi oleh salah seorang kakitangan yang sampai ke pejabat berkenaan untuk memulakan tugasnya.
Pengerusi PKR negeri, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Yusof Abdullah yang memasuki pejabat itu pada awal pagi.
Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai dilakukan selepas 1 pagi semalam kerana beliau berada di pejabat berkenaan sehingga waktu berkenaan untuk mesyuarat pilihan raya.
“Ini adalah kejadian pertama seumpama ini berlaku di Melaka yang kita sifatkan sebagai ugutan bersifat bunuh seperti yang jelas di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Walaupun saya tidak mengetahui pihak mana yang bertanggungjawab, namun saya percaya ia pasti ada kaitan dengan politik," katanya.
Beliau turut mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab menghentikan provokasi seperti itu selepas pihaknya menerima serangan demi serangan sebelum ini.
“Saya desak tindakan seperti ini dihentikan kerana dalam proses demokrasi perlu melalui pilihan bersih dan bukannya tindakan bersifat ganas. Sememangnya kita telah melalui beberapa siri keganasan, misalnya kekecohan ceramah Pakatan Rakyat di Bukit Katil minggu lalu, kemudian insiden membakar bendera DAP di Bukit Beruang, dan hari ini kita terima ugutan sebegini pula," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat parti itu di Taman Bukit Piatu Mutiara, dekat sini hari ini. - Sinar
Keranda Tian Chua Di Hadapan Pejabat PKR Melaka
Reviewed by Admin
on
8:09:00 PG
Rating: