Api Misteri Keluar Bila Bersama



Kluang: Seorang ibu dari Felda Kahang Timur di sini, terpaksa berpisah buat sementara dengan anak perempuan berumur 10 tahun bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan kebakaran misteri berterusan berlaku setiap kali dua beranak itu bersama.

Nor Hawa Ahmad, 34, mendakwa kejadian pelik itu berlaku sejak November tahun lalu, apabila mula diganggu perkara pelik seperti pintu dan tingkap rumah ditutup dan dibuka sendiri.

Katanya, gangguan itu berpanjangan sehingga beberapa barangan dalam rumahnya seperti telekung, langsir, tilam, selimut serta pakaian pula tiba-tiba terbakar.

“Selepas beberapa minggu melalui kejadian pelik itu, kami bercadang menumpang di rumah ibu mentua berhampiran, namun kebakaran itu berlaku pula di rumahnya.

“Ia berlarutan apabila kami berpindah ke rumah ibu saya di Kulaijaya dan keadaan menjadi lebih teruk kerana kebakaran berlaku lebih besar sehingga memerlukan bantuan bomba untuk memadamkan api,” katanya yang ditemui di rumahnya di felda itu, semalam. - Kosmo

Api Misteri Keluar Bila Bersama Api Misteri Keluar Bila Bersama Reviewed by Admin on 4:52:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.