Bayi Maut Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur



TEMERLOH - Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan tidur bersama ibunya berusia 34 tahun di ruang depan rumah tanpa nombor.

"Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis kuat dan melihat ada kesan lebam di kakinya dipercayai akibat dipatuk ular.

"Dalam masa yang sama ia ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah," kata Zundin ketika dihubungi di sini.

Ibu mangsa, katanya, segera mengejar untuk menangkap ular berkenaan, tetapi gagal.

Ibu itu berpatah balik ke rumah, dan terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.

Kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Temerloh. - Bernama

Bayi Maut Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur Bayi Maut Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur Reviewed by Admin on 7:52:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.