Pendedahan Bomba Punca Sebenar Kenderaan Terbakar



MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan minyak yang penuh di dalam tangki serta berlaku rembesan menyebabkan punca berlakunya kebakaran kenderaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid, bagaimanapun berkata, beberapa faktor lain seperti litar pintas dan sistem pendawaian juga boleh menyebabkan kenderaan terbakar.

Namun, beliau berkata, sehingga kini tiada kajian saintifik dan komprehensif dilakukan oleh mana-mana pihak berhubung punca sebenar berlaku kebakaran dan letupan terhadap kenderaan.

"Berdasarkan kajian penyiasatan jabatan bomba dan menerusi hipotesis yang dibuat, pendawaian tidak mengikut spesifikasi asal yang dilakukan pada kenderaan menyebabkan tercetusnya insiden itu (kebakaran).

"Kita juga percaya minyak yang penuh sehingga menyebabkan lelehan dan rembesan pada penutup, menyokong faktor berkenaan sehingga tercetusnya letupan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan siri 1, 2 dan 3/2014, di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai, di sini hari ini. - Bernama

Pendedahan Bomba Punca Sebenar Kenderaan Terbakar Pendedahan Bomba Punca Sebenar Kenderaan Terbakar Reviewed by Admin on 10:05:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.