Militan IS Dakwa Penggal 21 Penganut Kristian Mesir



Sedutan rakaman militan IS didakwa penggal kepala penganut Kristian Koptik Mesir. - Foto CNN

KAHERAH - MESIR. Susulan tersebarnya video kumpulan militan IS yang didakwa memenggal kepala 21 penganut Kristian Koptik Mesir, negara itu melancarkan serangan udara mensasarkan kumpulan IS di Libya.

Serangan udara itu dilakukan beberapa jam selepas IS mendedahkan video ngeri yang mencetuskan kemarahan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

CNN melaporkan, jet pejuang F-16 Mesir bertolak pada Isnin (waktu tempatan) mengebom kem-kem IS, kawasan latihan dan depot senjata kumpulan militan itu.

Stesen televisyen negara itu menyiarkan rakaman beberapa jet pejuang Mesir yang berlepas untuk misi tersebut.

"Serangan udara mengenai sasaran dengan tepat, dan pasukan tentera udara kita selamat kembali ke pangkalan," kata kenyataan itu.

Rakaman video itu menunjukkan barisan 21 tebusan yang digari serta memakai sut penjara berwarna oren dipenggal kepala di sebuah kawasan pantai dipercayai di wilayah Tripoli di Libya.

Abdel Fattah dalam reaksinya terhadap pembunuhan itu mengancam “pembalasan setimpal” terhadap kumpulan pengganas tersebut.

Beliau dalam pada itu turut mengisytiharkan perkabungan negara selama tujuh hari susulan pendedahan video itu di media sosial. - Sinar

Militan IS Dakwa Penggal 21 Penganut Kristian Mesir Militan IS Dakwa Penggal 21 Penganut Kristian Mesir Reviewed by Admin on 11:32:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.