Wanita Ini Kehilangan 17 Anak, Tapi Lihatlah Apa Yang Berlaku…



SEORANG warga emas di Wilayah Jiangxi, China tidak menyangka permintaannya agar orang ramai menghadiri pengebumiannya apabila dia meninggal dunia menerusi sebuah akhbar tempatan mengubah hidupnya dalam sekelip mata.

Su Guiying, 90, yang juga seorang balu kehilangan 17 anaknya sewaktu mereka masih kecil dan hidup bersendirian sejak 40 tahun lalu.

Namun, sebaik sahaja berita tersebut disiarkan, masyarakat yang selama ini tidak mengetahui penderitaannya segera membanjiri kediaman Su yang terletak di pinggiran Bandar Ruichang.

Mereka bukan sahaja datang membawa hadiah, tetapi juga mengadakan jamuan makan beramai-ramai dan menghias rumah warga emas itu sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

“Saya berkahwin pada usia muda iaitu 17 tahun dan ditinggalkan suami selepas kematian dua anak pertama. Suami menganggap saya pembawa malang.

“Saya kemudiannya berkahwin buat kali kedua, namun sembilan anak meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan. Suami kedua saya kemudiannya meninggal dunia ketika usia saya 33 tahun,” katanya.

Perkahwinan buat kali ketiga juga menyaksikan enam lagi anaknya meninggal dunia sewaktu kecil.

Menurutnya, selepas suami ketiganya meninggal dunia, Su mengambil seorang anak angkat ketika dia berusia dua tahun.

Malangnya, anak itu kemudian meninggalkannya selepas menemui keluarga kandung yang merupakan pasangan kaya dan tidak pernah kembali selepas itu.

“Saya telah mengumpul wang yang mencukupi untuk membayar keranda dan batu nisan dengan wang persaraan yang diterima setiap bulan. Saya cuma meminta pihak akhbar supaya membantu saya mencari orang yang sanggup menghadiri pengebumian saya.

“Tetapi saya langsung tak menyangka masih ada orang yang sanggup mengambil berat mengenai nasib saya,” katanya.

Su turut menyifatkan sambutan Tahun Baru Cina kali ini merupakan yang terbaik sepanjang hidupnya. - MYNEWSHUB.CC

Wanita Ini Kehilangan 17 Anak, Tapi Lihatlah Apa Yang Berlaku… Wanita Ini Kehilangan 17 Anak, Tapi Lihatlah Apa Yang Berlaku… Reviewed by Admin on 12:07:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.