‘Kalau Betul Aniaya Anwar, Di Dunia Ini Saya Dah Masuk Neraka’ - Tan Sri Shafee



OPTIMIS terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan penghakiman kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau berani melafazkan sumpah di masjid mahupun tanah suci Mekah.

Beliau yang mengetuai barisan pendakwaan bagi kes tersebut turut menafikan menganiayai Anwar ketika mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan bawah hukuman Seksyen 377B kanun keseksaaan, tiga tahun lalu.

Menerusi temubual dengan sebuah akhbar tempatan Shafee berkata, “Kalau saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka.

“Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

“Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.”

Pelbagai teori konspirasi timbul di media sosial dan ‘lidah rasmi’ pembangkang setelah keputusan penghakiman yang mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan diumumkan mahkamah pada 10 Februari lalu.

- MYNEWSHUB.CC

‘Kalau Betul Aniaya Anwar, Di Dunia Ini Saya Dah Masuk Neraka’ - Tan Sri Shafee ‘Kalau Betul Aniaya Anwar, Di Dunia Ini Saya Dah Masuk Neraka’ - Tan Sri Shafee Reviewed by Admin on 9:38:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.