Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Hafidzi Ezzah Ismail, 26, terbunuh selepas kereta Honda City dipandunya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di ladang sawit di Jalan Jemaluang dekat sini, hilang kawalan dan bertembung kenderaan pacuan empat roda.
Akibat pertembungan itu, mangsa yang parah dan tersepit di tempat pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga rakannya, Nazirah Yusof, 24, patah kaki, Norazira Asmilia A Manan, 27, patah tangan kanan dan Siti Mawar Indah Abd Aziz, 22, cedera di muka. Mereka dirawat di Hospital Mersing.
Menurut Ismail, selepas mendapat panggilan telefon daripada jiran yang menyaksikan kemalangan itu, dia bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik sampai, dia tidak dapat menahan kesedihan melihat anaknya terbujur kaku.
Beliau yang ditemui di Hospital Mersing berkata, tiada perubahan tingkah laku pada anaknya sebelum kejadian.
Ismail berkata, anaknya bekerja sebagai kerani di ladang sawit di Jemaluang dan setiap hari dia bersama tiga rakan berulang ke tempat kerja.
Hancur Hati Seorang Bapa Lihat Anak Terbaring Kaku
Reviewed by Admin
on
8:28:00 PTG
Rating: