VIDEO: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Syahadah



Jika semalam, masyarakat Islam dikejutkan dengan berita pembunuhan tiga penuntut Islam oleh jiran mereka di Amerika Syarikat, satu kes hampir serupa turut berlaku di Sweden.

Namun kali ini, ia melibatkan seorang kanak-kanak yang dikasari oleh pengawal sekuriti di sebuah stesen kereta api di Malmo.

Satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dihentak keras ke permukaan lantai oleh pengawal mula menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana kekerasan yang ditunjukkan oleh seorang dewasa terhadap individu bawah umur.



Ia turut menyemarakkan kemarahan masyarakat Islam kerana budak lelaki tersebut direkodkan sedang mengucap dua kahlimah syahadah sambil mengangkat jari telunjuknya.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu persuruh Allah,” ujar kanak-kanak tersebut dalam keadaan menangis.

“Budak lelaki tersebut kelihatan tidak melakukan apa apa kesalahan. Tetapi pengawal tersebut menolaknya ke lantai.

“Berat tubuh pengawal tersebut berkemungkinan dalam lingkungan 90 kilogram, tapi dia terus duduk di atas tubuh budak tersebut dan menekan kepalanya terus di lantai,” ujar seorang saksi kepada akhbar tempatan.

Menurut laporan berita antarabangsa, kedua-dua kanak-kanak tersebut diperlakukan sedemikian hanya kerana mereka tidak memiliki tiket ketika menggunakan perkhidmatan kereta api.

Setelah menerima banyak kritikan, pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap insiden tersebut. “Mereka sedang disiasat kerana tuduhan mengasari budak lelaki tersebut dan akan disoal siasat.” – MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Syahadah VIDEO: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Syahadah Reviewed by Admin on 11:42:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.