Perintah untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui alasan ilmiah di sebalik perintah itu.
Kenapa perkara tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana ternyata berpengaruh terhadap keadaan berdua duaan tersebut?
Baru-baru ini, sebuah kajian ilmiah membuktikan sendiri tentang bahaya berdua duaan.
Para pegkaji di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang laki laki yang berduaan dengan seorang wanita menjadi penyebab utama naiknya sekresi (pengeluaran hasil kelenjar atau sel secara aktif) hormon kortisol.
Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya tegangan dalam tubuh. Walaupun subjek kajian (seorang lelaki) yang diuji cuba hanya dengan mengkhayalkan tentang seorang wanita dalam sebuah simulasi pengkajian.
Namun perkara tersebut tidak mampu mencegah tubuh dari mengeluarkan hormon tersebut.
"Cukup anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Dan anda akan membuktikan jika peningkatan hormon anda dalam proporsi tinggi benar-benar berlaku," inilah penemuan kajian ilmiah baru-baru ini yang dimuat pada Daily Telegraph!
Para pengkaji mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk perkembangan tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan proporsi yang rendah, namun jika meningkatnya hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian dapat menyebabkan meningkatnya...Nafsu Seksual
Bentuk yang menyerupai alat proses hormon pengkajian tersebut menyimpulkan bahawa tegangan yang tinggi hanya terjadi ketika seorang lelaki berduaan dengan lawan jenis (bukan mahram), dan tegangan tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarik lebih besar!
Para pengkaji mengatakan bahawa ketika ada lawan jenis di sekitar lelaki, lelaki itu kemungkinan besar membayangkan bagaimana mulai membina hubungan dengan sang wanita.
Dan dalam pengkajian lain, para pengkaji menekankan bahawa situasi ini jika diulang (ertinya jika keadaan seperti itu dibiarkan), bukan cuma mustahil akan muncul berbagai penyakit kronik, masalah psikologi dan kehancuran moral yang teramat parah tahapnya, tetapi sudah memasuki hal yang PASTI.
Inilah juga sebabnya Rosulullah saw berulang ulang mengingatkan kita agar berhati hati terhadap wanita, bahawa bencana besar sepeninggalan beliau berasal dari KAUM WANITA
Sudah sejak 1500 tahun yang lalu Nabi saw malah memberi amaran akan perkara itu melalui sebuah hadits.
"Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali syatan adalah yang ketiga"
Allah swt selaku Pencipta sudah benar-benar memberikan manusia sebuah petunjuk lunak dan petunjuk keras termasuk petunjuk pemakaiannya. Tidak ada alasan lain bagi kita sebagai manusia selain mencerminkan diri dan membaca situasi itu melalui petunjuk pemakaiannya itu.
Jadi, jika ada dari pembaca yang melihat lawan jenis sedang berduaan, maka dari penjelasan ilmiah dan amaran Allah swt diatas, yakinlah jika keduanya sedang terlibat sebuah getaran NAFSU yang sangat dahsyat, yang belum satu pun makhluk di muka bumi ini yang boleh membendungnya apalagi menolaknya sekalipun itu seorang yang mengaku dirinya Muslim & Muslimah.
Anda setuju atau tidak, tetapi sungguh Allah telah membongkar topeng para pelaku kekasih dengan satu pengetahuan moden dimana anda berkiblat kepadanya.
Jika anda masih berkeras, lalu fikirkanlah rahsia apa di sebalik perintah Allah swt yang menyuruh para orang tua memisahkan anak mereka ketika sudah berusia baligh?
Mengapa pula Allah swt mengatakan jika berduaan dengan Ipar bererti maut? belum cukupkah bukti bukti dimata anda?
Bahaya Berdua-duan Mengikut Kajian Saintifik
Reviewed by Admin
on
5:42:00 PTG
Rating: