Istilah-istilah Dalam Anime & Manga



Anime

Perkataan “Anime” sebenarnya dari “Animeshon”. Perkataan ini merupakan adaptasi dari perkataan bahasa inggeris iaitu “Animation” oleh orang Jepun sekaligus menjadi popular hingga kini. Dalam perkembangannya. Anime digunakan untuk menyebut animasi Jepun.Anime digunakan oleh orang jepun untuk merujuk kepada animasi atau kartun tanpa mengira genre,gaya, atau negara asal, namun kita dan negara luar telah sebati dengan perkataan anime dan mengunakannya untuk merujuk kepada animasi dan kartun daripada jepun.Sebenarnya asal-usul perkataan anime masih tidak jelas, ada yang menganggap ia datang daripada istilah perancis, “dessin anime” dimana terjemahannya “lukisan animasi”. Menurut Chirtoper Macdonald, editor-in-chief daripada Anime News Network, beliau menakrifkan jika asal-usul animation tersebut berasal daripada jepun maka ianya adalah anime dan jika anime tersebut bukan berasal daripada jepun ianya akan ditakrifkan sebagai bukan anime walaupun mereka meniru gaya anime


Cosplay
Istilah lain yang juga popular dikalangan anime adalah Cosplay. Nama Cosplay tercipta apabila orang-orang Jepun gemar memendekkan ayat dari Custom Play ke Cosplay. Cosplay adalah satu pertandingan dimana para fans anime berpakaian seperti dengan karakter anime yang di minati oleh mereka.

Mecha

(Tengen Toppa Gurren Lagann)

Perkataan “Mecha” berasal dari “Mechanical”. Biasanya mecha digunakan untuk untuk menkategorikan anime yang menggunakan robot.

( BLEACH OVA MEMORIES IN THE RAIN )

OAV / OVA
Original Animated Video atau lebih dikenali dengan OVA adalah kependekan dari Original Video Animation. OVA tidak ditayangkan di TV, tetapi terus dijual ke pasaran. OVA biasanya tidak melebihi dari 10 episode, malah ada yang hanya 1 episode. Biasanya, kualiti video OVA lebih cantik berbanding dengan TV Series.

( Dragon Ball Z Fan Art )

Fan Art
FanArt adalah karya yang dihasilkan dari peminat setia anime iaitu dengan melukis gambar, wallpaper, vector anime yang mereka minat. Selalunya, idea mereka ni terlalu kreatif dan kesemua hasil karya mereka adalah asli.

Fan Service


Fan Service sebenarnya tiada kene mengena dengan cerita anime tersebut. Biasanya Fan Service mempunyai adegan nakal anime yang jarang berlaku. Contohnya seperti seorang gadis memakai pakaian seksi. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian peminat anime tersebut.

Fan Fiction
Fan Fiction adalah jalan cerita yang dihasilkan oleh peminat anime dengan idea dan kreativinya tersendiri. Biasanya mereka menggunakan watak-watak anime dan menghasilkan jalan cerita berbeza dengan jalan cerita di manga atau di TV.

Lemon
Sama dengan Fan Fiction, cuma jalan ceritanya lebih ke arah kedewasaan. Contohnya, mempunyai unsur-unsur sex, perkataan kesat dan sebagainya.

SD
SD iaitu Super Deformed adalah istilah yang digunakan dalam penggambaran karakter anime/manga dengan size kerdil.


Chibi


Berbeza dengan SD. Chibi lebih menampakkan karakter itu kelihatan lebih muda dan cute. Secara fizikalnya, wajah-wajah chibi ni mempunyai mata lebih besar, muka bulat dan badannya lebih kecil dan pendek.

( FAIRY TAIL MANGA)

Manga
Manga merupakan panggilan komik dalam bahasa Jepun. Kebiasaanya melukis manga adalah proses pertama untuk di adaptasikan menjadi anime.


Masashi Kishimoto – The Mangaka of Naruto

Mangaka
Maksud mangaka adalah penulis manga tersebut.

Doujinshi
Di Jepun, Doujinshi biasanya merujuk kepada satu aktiviti berkumpulan yang mempunyai minat yang sama dan menghasilkan karya seperti manga, novel, game dan pelbagai lagi. Orang-orang macam ini tidak memerlukan seorang penulis yang mahir. Banyak produk Dojin dicipta oleh amatur sebagai hobi dan sering diterbitkan dengan modal mereka sendiri.(Korang boleh dapatkan doujin best2 kat comitket, kalu pegi jepun jgn lupa join)

Tankoubon
Tankoubon adalah nama asal untuk jilid manga Jepun.

Mahou



Istilah yang tidak terlepas bagi korang yang menyukai anime fantasi. Maksud Mahou dalam bahasa melayu adalah magik. Ianya berkenaan kuasa sakti, ajaib dan sihir.

Otaku


Otaku adalah peminat kipas susah mati, diorang mempunyai kecenderungan dan komitmen terhadap sesuatu seperti anime, kereta api, jalan raya dan sebagainya. Sudah tentu golongan ini taksub dan sanggup membelanjakan wang demi mengumpul koleksi-koleksi tanpa mengira harganya. Selalunya, mereka akan mengumpul barang seperti figure, anime, game, poster dan pelbagai lagi.

Ecchi
Echhi adalah digunakan untuk merujuk kepada fantasi erotik atau sindiran seks, selain itu, ianya boleh dimaknakan “kotor” atau “nakal” selagi ianya boleh menggambarkan seseorang dilihat sebagai ecchi.Biasanya,ianya terpulang kepada penonton sendiri . Ianya masih lagi dikategorikan sebagai “ringan” walaupun berunsur lucah, kerana masih mempunyai batas-batas tertentu di dalam adegan tersebut.Antaranya fan service dangan situasi yang lucu.

Hentai
Ecchi boleh dikatakan adegan “ringan”. Kalau Hentai pula dikategorikan dalam adegan “berat” kerana mengandungi dan menayangkan adengan sex tanpa adanya batasan. Boleh dijumpai didalam manga dan anime serta game. Hen dalam jepun adalah “pelik”atau”aneh” dan tai adalah “sikap”atau”penampilan”.Dalam slanga jepun, hentai boleh digunakan untuk menghina seperti “pervert” atau “weirdo”. Hentai selalu dipendekkan menjadi “H”.

Yaoi



Istilah Yaoi digunakan untuk anime/manga yang memiliki jalan cerita yang berunsur homoseksual/gay. Istilah lain untuk Yaoi adalah Boy’s Love ataupun BL. Sebenarnya Yaoi adalah nama singkatan dari “yama-nashi ochi-nashi imi-nashi”.

Fujoishi

Fujoshi (Rotten Girl) adalah istilah yang merujuk kepada perempuan yang meminati genre Yaoi. Fujoshi gemar membayangkan hubungan “romance” antara watak-watak anime dan manga malah menjadikan artis sebahagian daripada fantasi mereka.Fujoshi juga boleh dimasukkan kedalam dalam golongan kategori “otaku”.

Yuri



Bila ada versi gay, mesti ada versi lesbian kan?. Untuk versi ini dalam anime/manga biasa disebut Yuri.Yuri adalah genre yang mengandungi hubungan percintaan sejenis antara perempuanXperempuan. Kewujudan yuri di jepun bermula sejak awal abad kedua puluh dan dapat ditemui dalam kesusateraan jepun dan akhirnya diterima didalam manga sebagai genre baru pada tahun 1990-an walaupun kerja-kerja berkaitan dengan yuri telah bermula pada tahin1970. Yuri Shimai adalah manga yang didedikasikan untuk yuri dan dilancarkan pada tahun 2003 dan kemudian sebagai follow-up keluarnya Yuri Hime. Yuri mempunyai peminat yang ramai daripada golongan lelaki dan perempaun berbanding genre yaoi.

Istilah-istilah Dalam Anime & Manga Istilah-istilah Dalam Anime & Manga Reviewed by Admin on 10:29:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.