Kes "APa celop" ni yg aku rasa macam melebihi lawak ustaz tu. Ini semacam satu pembudayaan, atau pengembangan budaya lorong mat taib ke seluruh minda rakyat malaysia. Selama ni aku tak tahu wujudnya perkataan ini, sekarang aku dah tahu, semua sekali pemilik 8,000,000 RM yg masuk panggung dah tahu kewujudan dialog mencarut 'apa celup' yg tagged si pencarut dengan kelass RM8juta.
Penggunaan apa celup adalah untuk mencarut, atau menunjukkan keterujaan yg maksima, atau apabila didatangkan situasi yg terlalu celaka. Aku malas nak quote sebutir-butir dari dialog Hantu Bonceng, tapi tengok sendiri korang akan dapat match penggunaan 'apa celup' dalam filem Ahmad Idham ini dengan penggunaan 'what the f***' dalam filem-filem barat .... you name it.
Apa celup adalah 'what the fuck?'
Celup adalah kata ganti lain untuk perbuatan memasukkan ** zone 18sx bermula, berhati-hati ketika membaca ** cendawan ke dalam salur peranakan female sehingga berjumpa kedua-dua tempat potong. Ianya menggambarkan proses tumbuk sambal tetapi dalam keadaan basah seolah-olah ianya dicelup-celup.
Mengambil kesempatan ke atas kefemesan perkataan celup, si tokk guna skrip 'apa celup' iaitu mengalih bahasa 'what the f***' apabila dia terkejutan, kepelikan, kegampangan, dan sudah habis kata menggambarkan dirinya yang f***ed up.
Seterusnya, ini sebenarnya, mungkin tanpa sedar, adalah satu pembudayaan bahasa kotor di jalanan, pasar, rumah, sekolah dan di kawasan peranginan. Filem punyai efek ke dalam minda juga sikap masyarakat. Even budak sekolah pun boleh pergi terbang dan mati dari tingkat 12 sbb tonton Superman. Remaja di Malaysia pun sama, lebih-lebih lagi remaja sekarang suka bercakap, bercakap di hp, twitterm blog, fb dan sebagainya. Pembudayaan bahasa kotor ini akan lebih cepat tersebar.
Seperti apa yang terjadi kepada perkataan 'cer citer', 'dalam hati ada taman', 'kita bakor', 'bukan saya takut bini, tapi bini tak takut dgn saya', 'yg gitu-gitu', 'manis tak kurma itu?' dan sebagainya. Semua yg disebut dalam ayat sebelum ini dikira okay sebab bukanlah mencarut, tetapi apa celup itu jelas mencarut.
Tak logik kalau ditranslate secara direct 'celup' yg digunakan tookkk (aku lupa nama dia dan malas nak cari) gemuk tu kepada celup biskut dalam air, atau celup berus dalam dakwat atau kucing celup lidah ke dalam air susu. Tak logik. 'Celup' pada perkataan 'apa celup itu adalah celup lain macam. Kalau Azwan ali suka 'apa neraka' untuk what the hell, si tookkk guna 'apa celup' untuk 'what the fuck.'
Dan Ahmad Idham membawa predikat kotor ini ke dalam filem, manjadikannya satu tabiat sebuah watak lantas disebut berulang-ulang kali adalah pada aku tidak wajar.
Some of you may already know this very well. Tapi, aku baru saja tahu kewujudan apa celup. So, angguk sajalah kalau betul, jangan menyampah dengan kemunduran tahap sosial aku. Kalau tak betul, then kat bawah ada kotak komen.
Lawak bab agama pada aku adalah rejaman sinis secara slapstik untuk kebanyakan orang yg mengamalkan agama jumud. PAda satu angle, ianya boleh mencuit hati untuk gelak dan juga otak untuk berfikir, pada angle lain mungkin kelihatan terlalu kurang ajar. Benda ni sebenarnya boleh terjadi pada apa-apa perspektif pun.
Review Hantu Bonceng. Maksud sebenar ‘APa celup?’
Reviewed by Admin
on
10:03:00 PG
Rating: