Biji Mata Wanita OKU Dicungkil


cungkil biji mata, seram/ganas, wanita oku dicungkil biji mata, remaja sakit jiwa cungkil biji mata, wanita meraung kesakitan, wanita bergelumuran darah, biji mata wanita dicungkil, wanita buta biji mata dicungkil, wanita menjerit biji mata dicungkil, insiden ngeri, insiden ganas

KUALA KUBU BARU: “Jeritan mangsa disedari kakitangan yang bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah,” kata Pengetua Asrama Wanita Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Saiful Nizam Mohd Nor, di sini.

Beliau menceritakan kejadian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 40-an meraung apabila mata kanannya dikorek seorang remaja berusia 19 tahun yang mempunyai masalah tekanan jiwa, Selasa lalu.

Menurutnya, lima kakitangan meleraikan genggaman remaja itu dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan menjalani pembedahan,” katanya.

Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa berkemungkinan buta selepas biji mata kanannya hampir terkeluar akibat dikorek remaja terbabit menggunakan jarinya. - Metro

Biji Mata Wanita OKU Dicungkil Biji Mata Wanita OKU Dicungkil Reviewed by Admin on 4:54:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.