Pengadil Malaysia Didakwa Terima Rasuah


pengadil malaysia disaman, pengadil malaysia kena dakwa, pengadil malaysia terima rasuah, pengadil malaysia ditangkap di singapura, pengadil malaysia dituduh terima rasuah, Shokri Nor dituduh terima rasuah, Shokri Nor ditangkap di singapura, Shokri Nor dari malaysia didakwa terima suapan, Shokri Nor terima rasuah, Shokri Nor mengatur perlawanan
SHOKRI (kanan) ketika mengadili satu perlawanan Liga Super pada musim lalu.

SINGAPURA – Pengadil Malaysia, Shokri Nor bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura semalam atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII menentang Sarawak di republik itu pada Selasa lalu.

Shokri, 48, dan Thana, 38, yang merupakan seorang usahawan dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas mereka didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin $50,000 (RM123,272) seorang sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda sehingga $100,000 (RM246,537) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya mengikut undang-undang Singapura.

Shokri yang berasal dari Kedah ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan itu yang menyaksikan tuan rumah, Lions XII, mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak. - Kosmo

Pengadil Malaysia Didakwa Terima Rasuah Pengadil Malaysia Didakwa Terima Rasuah Reviewed by Admin on 2:31:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.