Fatwa Wajib Bunuh Bashar, Pendapat Mana Yang Lebih Cerdik?


fatwa wajib bunuh bashar, gambar bashar, presiden syria yang kejam, hukuman bashar, tentera kejam bashar, gambar, Bashar Al Assad, Bashar Assad, Bekas, Bunuh, Cerdik, Darah, Jenayah, Karib, Kedutaan, Maruah, Membaca, Menteri Penerangan Malaysia, Mesir, Musim Bunga, Pekarangan, Regime Change, Sahabat, Syria Bashar Al, Tunjuk Perasaan, Zainuddin Maidin

Di sini kami ingin kongsikan dua pendapat berbeza tentang krisis di Syria daripada Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia dan satu lagi pendapat Syeikh Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir.

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin.

SAYA sungguh terkejut membaca berita anak-anak Malaysia yang pada keseluruhannya menganggotai pertubuhan atau NGO Islam akan menyertai tunjuk perasaan anti Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dirancang akan diadakan di pekarangan kedutaan Syria pada Sabtu ini.

Penganjur perhimpunan itu mempropagandakan lebih 10,000 akan menyertainya dengan tujuan untuk menentang kezaliman presiden itu. Tetapi apakah benar beliau zalim atau pihak yang menyusun ‘Jenayah Hasutan’ dengan berselindung di sebalik ‘Arab Spring’ yang lebih kejam dalam menumpahkan darah rakyat Syria?


Kita tahu Syria adalah sebuah negara yang makmur dan disenangi oleh orang luar, terutamanya pelajar-pelajar dan rakyat kita yang berada di negara itu. Tetapi sejak kebangkitan pemberontakan dalaman dari ‘Jenayah Hasutan’ luar maka kita telah disogokkan dengan hanya berita dari suatu pihak sahaja.

Kita harus menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun kita percaya kepada jalur globalisasi tetapi dalam beberapa hal kita mempunyai pendirian sendiri.

Kita mempunyai maruah sendiri, tidak mudah diperalatkan untuk menyampaikan hasrat kuasa besar untuk matlamat ‘Regime Change’ yang menumpahkan darah tetapi digambarkan sebagai indah dengan istilah ‘Arab Spring’ atau Musim Bunga di dunia Arab.

Tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Syria sekarang tidak akan berlaku dalam negara kita untuk tujuan ‘Regime Change’ sekiranya kuasa besar memikirkan ini perlu dilakukan. Bagaimanakah perasaan kita jika dalam suasana tekanan rakyat negara negara sahabat mengadakan tunjuk perasaan menyokong musuh kita?

Jika kita memperlihatkan diri kita mudah dipergunakan untuk matlamat melumpuhkan sebuah negara asing yang bersahabat karib dengan kita, maka ini akan membuka laluan mudah kepada mereka untuk mempergunakan rakyat kita bagi mencapai matlamat roadmap mereka.

Kuasa Besar mempunyai ejen di mana-mana termasuk rakyat mereka di luar negara seperti pelajar-pelajar Syria atau ahli perniagaan mereka di Malaysia dan sebagainya untuk membantu menyempurnakan matlamat terakhir bagi demokrasi mengikut acuan mereka di dunia Arab.

Janganlah kita begitu mudah mengecap Presiden Syria sebagai zalim kerana sebenarnya apa yang berlaku di negara ini adalah ‘Jenayah Hasutan’ Barat yang terancang, tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan dukungan negara-negara Barat.

Matlamat terakhir mereka ialah Iran. Tetapi sebelum Iran, Syria mesti dilumpuhkan seperti mereka lakukan terhadap Tunisia, Libya dan Mesir. Maka akan sempurnalah sebuah kekejaman yang tidak ada taranya yang berselindung di sebalik bunga-bunga berkembang. Sebenarnya ia telah mula berkembang dari Iraq.

Saya hairan bagaimana NGO yang diketuai oleh orang-orang cerdik di negara kita terutama Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Islam terlibat dalam penganjuran perhimpunan ini? Ini menggambarkan taraf intelektualiti mereka. Bagaimanapun saya tidak terkejut dengan penglibatan ABIM.

Oleh Syeikh Nasr Farid Washil

Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.


“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”

Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.

“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.

“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.

Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.

Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.

“Dia layak mendapat hukuman segera.”
sumber

Fatwa Wajib Bunuh Bashar, Pendapat Mana Yang Lebih Cerdik? Fatwa Wajib Bunuh Bashar, Pendapat Mana Yang Lebih Cerdik? Reviewed by Admin on 10:05:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.