Mayat Ngeri Lelaki Dengan Tangan Terputus


mayat ngeri, gambar ngeri, tangan putus, lelaki terputus tangan, mayat dengan tangan putus, mayat tangan putus dijumpai, gambar mayat ngeri, tangan mayat hampir terputus, tangan terputus, ngeri tangan lelaki hampur putus
MAYAT Prabakaran ditemui di dalam longkang di Jalan Mata Ayer 1, Taman Setapak, Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dengan lengan kanannya hampir putus selepas diserang sekumpulan lelaki di Jalan Mata Ayer 1, Taman Setapak di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, S. Prabakaran, 27, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di lengan kanan dipercayai diserang suspek yang bersenjatakan parang.

Kejadian serangan itu turut mencederakan seorang lagi rakan Prabakaran. Lelaki berusia 28 tahun itu cedera parah di belakang badan dan kepala.

Dia yang belum dikenal pasti dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati mangsa diserang di kawasan padang permainan yang terletak kira-kira 150 meter dari tempat mayat mangsa ditemui.

“Selepas diserang, mangsa dengan lengan kanannya terkulai melarikan diri tetapi dia kemudian ditemui mati di dalam longkang,” kata beliau ketika dihubungi di sini malam kelmarin. - Kosmo

Mayat Ngeri Lelaki Dengan Tangan Terputus Mayat Ngeri Lelaki Dengan Tangan Terputus Reviewed by Admin on 1:40:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.