Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga akan melelong tapak perniagaan di lorong tersebut bermula pada harga RM2,000.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Katanya, mereka juga akan memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk demonstrasi dengan membuka gerai tersebut.
Jamal berkata, mereka akan bertindak demikian memandangkan BERSIH tetap mengadakan perhimpunan pada 28 April walau tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Katanya, kumpulan 60 peniaga itu juga merancang untuk terus “berkampung” di hadapan rumah Ambiga selepas demonstrasi itu.
Mereka akan meneruskan tindakan itu sehingga BERSIH menjawab mengenai kerugian yang didakwa dialami peniaga berkenaan pada perhimpunan 28 April, katanya.
Demo Depan Rumah Ambiga: Penganjur Lelong Petak Penjaja
Reviewed by Admin
on
5:39:00 PTG
Rating: