Wardina Nafi Bertanding PRU 13


Wardina Safiyyah bertanding pru 13, Wardina Safiyyah bertanding bai pakatan rakyat, Wardina Safiyyah nafi bertanding pru 13, Wardina Safiyyah tidak bergiat aktif dalam politik, Wardina Safiyyah tidak aktif dalam politik, hubungan Wardina Safiyyah dengan rakan renggang, Wardina Safiyyah kecewa, peminat Wardina Safiyyah kecewa, Wardina Safiyyah fokus keluarga dan kerjaya, Wardina Safiyyah sibuk belajar

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot atau lebih dikenali sebagai Wardina Safiyyah nafi akan bertanding mewakili mana-mana parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Menurutnya, bukan saja tidak bertanding, dia juga tidak bercadang untuk bergiat aktif dalam politik seperti mana yang digembar-gemburkan.

” Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.

” Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Beliau turut mengulas bahawa jangan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik hingga boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan serta rakan-rakan.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kecewa apabila beberapa peminatnya berkongsi artikel yang mengaitkan beliau dengan politik serta rasa kesal dengan penulis blog politik yang mengaitkan nama beliau secara semberono.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan yang ada beberapa pemimpin parti-parti politik yang mengajak beliau bergiat aktif dan bertanding pilihan raya.

Namun menurut Wardinah, buat masa ini beliau lebih mengfokuskan perhatiannya kepada keluarga dan kerjaya.

Pada masa yang sama, katanya, dia juga sedang sibuk melanjutkan pelajarannya. - MyNewsHub

Wardina Nafi Bertanding PRU 13 Wardina Nafi Bertanding PRU 13 Reviewed by Admin on 9:15:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.