Nampaknya kontroversi demi kontroversi yang melanda bukanlah penghalang buat Aaron Aziz meneruskan perjalanan karier seninya.
Malah di sebalik kesibukan menjalani penggambaran drama dan filem, Aaron sempat menunaikan umrah bersama isterinya yang tercinta.
Beliau dijangka berada di tanah suci Mekah selama kira-kira 12 hari.
Aaron sempat berkongsi keterujaan untuk menunaikan ibadah itu bersama peminat-peminat dengan memuat naik gambarnya bersama isteri di profil Instagram sebelum mereka berlepas ke sana.
“Salam semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin meminta maaf sekiranya ada tersalah silap kata atau mengguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep,” tulis Aaron.
Semoga mereka selamat pergi dan pulang daripada menunaikan ibadah tersebut, marilah kita doakan agar Aaron dan isterinya menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.
Bermula dengan kontroversi nama sebenarnya yang dicanang hebat oleh orang ramai hinggakan rupa bentuk sebenar kukunya dikritik, terkini, isu tentang kerakyatan dan permit kerjayanya pula dipersoalkan selepas dia menang besar dalam ABPBH 2011 yang lalu.
Dalam perkembangan lain pula, rezeki Aaron dalam dunia hiburan semakin bertambah apabila dia terpilih untuk menjadi pengacara bagi program realiti TV, Fear Factor Asia.
Cuma buat masa ini, Aaron dikatakan masih lagi belum membuat persediaan untuk mengacarakan rancangan tersebut.
Aaron Dan Isterinya Ke Mekah Tunai Umrah Hari Ini
Reviewed by Admin
on
6:30:00 PTG
Rating: