Linda Rafar Cemas Terperangkap Dalam Lif


terperangkap dalam lif, cerita terperangkap dalam lif, lif rosak, pengalaman dalam lif, dalam lif bersama anak, cerita Linda Rafar, pengalaman Linda Rafar, Linda Rafar trauma, Linda Rafar terperangkap dalam lif, sukar bernafas, lampu lif terpadam, lif bermasalah, Linda Rafar nak guna eskalator

Terperangkap 10 minit dalam lif bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Apatah lagi apabila anda terperangkap bersama anak anda yang baru berumur 4 tahun.

Itulah yang berlaku pada Linda Rafar selepas dia menghantar 2 orang anaknya, Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain boling di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Linda Rafar turut terperangkap bersama beberapa orang lain dan juga pekerja plaza itu.

“Selepas menghantar anak saya bermain boling di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur. Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas.” – Linda Rafar dipetik dari mStar Online.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menjadi lebih cemas apabila lampu terpadam dan anak Linda Rafar yang baru berumur 4 tahun mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap memberitahu lif itu sering bermasalah sehingga ada kejadian ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya. Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu.” – Linda Rafar.

Linda Rafar mengakui bahawa kejadian ini menyebabkan dirinya trauma untuk menggunakan lif lagi dan memilih untuk menggunakan eskalator sahaja pada masa akan datang. - mStar 

Linda Rafar Cemas Terperangkap Dalam Lif Linda Rafar Cemas Terperangkap Dalam Lif Reviewed by Admin on 10:19:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.