Tapak Niaga Depan Tumah Ambiga Habis ‘Dijual’


jualan depan rumah ambiga, niaga depan rumah ambiga, tapak depan rumah ambiga, jualan depan rumah ambiga, tapak depan rumah ambiga habis dijual, menjual depan rumah ambiga

Kesemua 60 tapak perniagaan depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga yang ‘dijual’ oleh kumpulan peniaga anti-BERSIH habis dijual dengan jualan tertinggi RM5,000 untuk tapak utama.

Jualan itu dibuat pantas oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi selepas bertemu Datuk Bandar.

Peniaga makanan dan minuman Ahmad Diah Ali yang mendapat tapak utama – betul-betul depan rumah Ambiga – sanggup membayar RM5,000 untuk kerana tidak berpuas hati dengan Ambiga.

“Saya sanggup bayar RM5,000 sebab saya tak puas hati dengan Ambiga. Kerana dia, peniaga yang selama ini berniaga dengan bersih menjadi kacau.

“Saya nak tunjuk tak puas hati saya dengan meniaga depan rumah Ambiga,” kata Ahmad Diah, 51, kepada pemberita selepas membuat bayaran tunai.

Selain itu, tapak lain habis dijual dengan harga RM100 setiap satu.

Semalam, MBPKL berkata lelongan itu untuk menampung kos menganjurkan demonstrasi anti-BERSIH pada 24 dan 25 Mei ini.

Menamakan perhimpunan itu “BERSIH 4.0″, ketuanya Datuk Jamal Md Yunus menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi bagi “mencucikan BERSIH 1,2,3″ itu.

Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam dengan sasaran mendapat pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari. - Malaysiakini

Tapak Niaga Depan Tumah Ambiga Habis ‘Dijual’ Tapak Niaga Depan Tumah Ambiga Habis ‘Dijual’ Reviewed by Admin on 6:15:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.