Bimbang Ibu Akhirnya Terjawab


kemalangan, maut semasa melintas jalan, ibu bimbang, anak menyendiri, anak tidak suka makan, anak suka tidue siang, ibu terima panggilan, anak kemalangan, hari terakhir, kemalangan kuala terengganu, kereta memotong, terlanggar pejalan kaki nak lintas jalan, ibu risau
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu.

MARANG – Seorang pejalan kaki yang bekerja di sebuah bengkel besi maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintasi jalan raya di Kilometer 18.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang berdekatan dengan Masjid Binjai Rendah di sini, semalam.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa Mohd Firdause Sharif, 22, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya mati di tempat kejadian, manakala pemandu kereta jenis Proton Waja itu tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut ibu mangsa,Saadah Chemod, 43, sebelum kejadian, dia yang menghantar anak kedua-nya itu dengan menggunakan motosikal berdekatan jalan utama tersebut sebelum mangsa berjalan kaki untuk ke tempat kerjanya di seberang jalan.

“Saya dan Mohd Firdause keluar bersama dari rumah diTaman Haji Ismail di sini, dan kebiasaannya saya akan tunggu sekejap di tepi jalan, melihat dia berjalan kaki tetapi pada hari kejadian saya terus ke pasar Binjai Rendah untuk membeli barang.

“Saya juga tidak menyangka sama sekali ia merupakan hari terakhir saya menghantarnya apabila dimaklumkan mengenai kemalangan itu ketika masih berada di pasar tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini, semalam.

Ibu pelik anak suka tidur siang

Ibu kepada lima anak itu berkata,anak keduanya itu juga menunjukkan sikap pelik sejak belakangan ini apabila arwah tidak mahu langsung menjamah makanan di rumah sebaliknya suka menyendiri dan tidur pada waktu siang dalam tempoh agak lama.

“Kami sekeluarga hairan. Sejak dua, tiga hari ini arwah tidak mahu menjamah makanan di rumah mungkin makan di luar kerana kerap berada di luar malah dia juga tidur agak lama petang kelmarin, iaitu sehari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku,”katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Rosdi Abdullah ketika ditemui berkata, pemandu kereta terbabit yang dalam perjalanan dari arah Kuala Berang ke Bukit Payong dipercayai cuba memotong kenderaan sebelum merempuh mangsa.

“Saya difahamkan mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya itu berdiri di tengah jalan kerana laluan sibuk sebelum dia dirempuh sebuah kenderaan yang ingin memotong sebuah lagi kenderaan di hadapannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa maut akibat cedera parah di kepala itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sebelum jenazahnya dituntut oleh ahli keluarga mangsa untuk dibawa pulang dan dikebumikan di Binjai Rendah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian

Bimbang Ibu Akhirnya Terjawab Bimbang Ibu Akhirnya Terjawab Reviewed by Admin on 4:36:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.