Al-Fatihah.. Ketua Dewan Ulama PAS Meninggal Dunia



AL FATIHAH…Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan penyakit lamanya meninggal dunia tengah malam Jumaat.

Beliau dilaporkan meninggalkan jam kira-kira 12.00 tengah malam.

Laman rasmi PAS jam 5 petang Jumaat melaporkan Harun sudah tidak sedarkan diri.

Malah laman itu juga memberitahu Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din juga dilaporkan tidak sihat dan sedang dirawat di Wad CCU Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham merupakan bekas ADUN Manir Terengganu selain pernah menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ketika PAS berjaya menawan Terengganu pada 1999, Allahyarham dilantik menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairuddin Aman Razali, jenazah allahyarham Ustaz Harun Taib dijangka akan disembayangkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik Manir Terengganu 10 pagi Sabtu - 25/1/2014


Al-Fatihah.. Ketua Dewan Ulama PAS Meninggal Dunia Al-Fatihah.. Ketua Dewan Ulama PAS Meninggal Dunia Reviewed by Admin on 8:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.