Kemalangan Ngeri 3 Maut, 15 Cedera Nahas Bas Ekspres



BATU PAHAT - Tiga penumpang terbunuh, manakala 15 lagi cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 107, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng di sini semalam.

Mangsa yang maut ialah Mohd. Sofwan Nur Hakim Mohd. Zaidi, 21; sepupunya, Mohd. Amirul Asyraf Yaakob, 20-an dan seorang kanak-kanak, Mohammad Zikri Othman, 10.

Pemandu bas terbabit, Asraf Zainal Abidin, 33, pula cedera parah di bahagian kaki kanan dan leher.

Tujuh penumpang lain turut mengalami kecederaan parah dan selebihnya hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini. - Kosmo

Kemalangan Ngeri 3 Maut, 15 Cedera Nahas Bas Ekspres Kemalangan Ngeri 3 Maut, 15 Cedera Nahas Bas Ekspres Reviewed by Admin on 9:38:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.