Gambar Anak Ustaz Don Dan Husna



Kalau sebelum ini ramai yang tertanya-tanya nama dan jantina anak sulung Ustaz Don Daniyal, kini segala persoalan itu telah terjawab. Menerusi Mstar Online, salah seorang ahli keluarga Ustaz Don telah berkongsi nama cahaya mata pasangan ini iaitu Don Mustofa. Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal dan Ustaz Don sempat tiba 2 hari sebelum isterinya bersalin.

Semoga Don Mustofa membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah kesihatan di samping ayah dan ibunya. Tak sabar rasanya nak menatap wajah si comel. Harap-harap Ustaz Don dan isteri akan berkongsi wajah Don Mustofa tidak lama lagi. Pasangan suami isteri ini akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.







*Sumber

Artikel: Beautifulnara
Gambar: Nizarazu

Gambar Anak Ustaz Don Dan Husna Gambar Anak Ustaz Don Dan Husna Reviewed by Admin on 9:56:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.