Punca 50 Murid SMK Tanjung Puteri Diserang Histeria



Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dikejutkan dengan serangan histeria ke atas lebih 50 pelajar perempuan sekitar pukul 7.10 pagi tadi.

Kejadian ngeri itu menyebabkan sesi persekolahan pada hari berkenaan dibatalkan dan kesemua hampir 1,000 pelajar diarahkan pulang serta-merta. Pihak pengurusan sekolah pula segera memanggil pakar perubatan Islam untuk membantu mengawal serangan histeria itu.

Menurut maklumat, kejadian berkenaan berpunca daripada seorang pelajar yang didakwa terlihat satu lembaga hitam di sekitar kawasan sekolah berkenaan sebelum tba-tiba menjerit kuat.Tidak lama kemudian, lebih 50 pelajar perempuan lain turut sama menjerit terkena histeria.

Bagaimanapun, keadaan itu mula terkawal sekitar jam 11.30 pagi.



Punca 50 Murid SMK Tanjung Puteri Diserang Histeria Punca 50 Murid SMK Tanjung Puteri Diserang Histeria Reviewed by Admin on 11:33:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.