Perkahwinan Obama Di Ambang Kehancuran?



WASHINGTON – Michelle Obama baru menyambut ulang tahun ke-50 semalam, namun hari ini timbul spekulasi bahawa rumah tangganya dengan Presiden Barack Obama sedang berantakan.

Malah mereka berdua juga dikatakan sedang menuju perceraian, demikian lapor National Enquirer yang mendapat sumber dalaman sebagai menyokong dakwaan sensasi berkenaan.

Bagaimanapun media Washington tidak mempedulikan kisah berkenaan kerana ia disifatkan sebagai gossip semata-mata.

Namun harus diingat bagaimana Enquirer menjadi terkenal selepas mendedahkan bahawa calon presiden dari Demokrat, John Edward mempunyai seorang anak luar nikah dengan bekas pekerja kempennya.

Sejak dipilih sebagai Presiden, dua buah buku yang diterbitkan mendakwa bahawa pasangan itu hampir bercerai ketika awal perkahwinan mereka dengan Michelle telah merangka dokumen perceraian setelah mendapati cita-cita politik Obama menghancurkan kebahagiaan mereka.

Pada 2009, seorang wartawan veteran Washington, Richard Wolffe mendakwa perkahwinan itu telah berkocak sembilan tahun lebih awal.

Ketika itu Michelle baru menjadi ibu kepada Malia dan Sasha yang kini masing-masing sudah berusia 15 dan 12 tahun.

“Mereka jarang bercakap. Michelle marah terhadap sikap penting diri dan karier sementara Obama pula menyifatkan isterinya itu sebagai dingin dan tidak berterima kasih,’’ demikian tulis Wolffe.

Malah bekas Wanita Pertama Perancis, Lady Carla Bruni telah mendedahkan dalam bukunya bagaimana dia bertanya kepada Michelle mengenai kehidupannya sebagai isteri Presiden.

“Jangan tanya. Ia adalah neraka. Saya tidak tahan!’’ demikian jawapan Michelle kepadanya namun kemudian ia dinafikan oleh Michelle sendiri.

Pada 2012, penulis politik, Edward Klein mendakwa Obama amat tertekan dengan kegagalan perkahwinannya pada 2000 hinggakan rakan-rakan bimbang dia akan membunuh diri.

Dalam satu temubual yang diterbitkan sempena hari jadinya, Michelle menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mahu berdikari selepas bertahun-tahun memperuntukkan masa untuk karier suami dan membesarkan anak-anaknya.

Michelle yang sering digambarkan sebagai tulang belakang Obama menyatakan bahawa dia mahu menjadi seperti ibunya.

“Dia mahu menjadi seperti ibunya yang melalui hari-hari tanpa perlu meminta maaf.’’ kata laporan itu.


Perkahwinan Obama Di Ambang Kehancuran? Perkahwinan Obama Di Ambang Kehancuran? Reviewed by Admin on 12:35:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.