Bas Ekspress Terbakar, Seorang Perokok Ditahan (4 Gambar)



BELURAN - Seorang penumpang sebuah bas ekspres ditahan bagi membantu siasatan kejadian bas tersebut terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan berkata, penumpang itu yang berusia 42 tahun dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut selepas dia merokok di dalam tandas bas itu yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Namun dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua 30 penumpang dan dua pemandu bas tersebut sempat menyelamatkan diri.

Bas tersebut musnah terbakar sebelum pihak bomba tiba untuk memadam kebakaran. - Bernama




Bas Ekspress Terbakar, Seorang Perokok Ditahan (4 Gambar) Bas Ekspress Terbakar, Seorang Perokok Ditahan (4 Gambar) Reviewed by Admin on 9:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.