[Video] Dua Suspek Buang Bayi di Masjid Diburu



KANGAR: Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.

Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.

POLIS kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video CCTV masjid.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.

Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan. - hmetro


Tonton video di bawah:


[Video] Dua Suspek Buang Bayi di Masjid Diburu [Video] Dua Suspek Buang Bayi di Masjid Diburu Reviewed by Admin on 8:45:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.