Tegak Bulu Roma ‘Pagar’ Sekolah



Kuching: “Bulu roma saya terus naik sebaik menghampiri kawasan sekolah ini,” kata seorang pengamal perubatan Islam Syahrizan Wahab ketika menjalankan operasi ‘memagar’ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, di sini, kelmarin, selepas 74 pelajarnya diserang histeria, sekali gus memaksa sekolah itu ditutup sejak hampir seminggu lalu.

Syahrizan berkata, dia tidak menafikan sekolah berkenaan dihuni banyak makhluk halus menyebabkan pelajarnya diganggu.

“Operasi yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian turut mendapati persekitaran sekolah berkenaan terlalu kotor menyebabkan mudah didatangi makhluk halus.

“Sepanjang operasi ini, saya dapat berasakan kewujudan makhluk halus, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Saya pernah berhubung dengan makhluk berkenaan ketika merawat salah seorang pelajar yang diserang histeria.

Tegak Bulu Roma ‘Pagar’ Sekolah Tegak Bulu Roma ‘Pagar’ Sekolah Reviewed by Admin on 9:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.