Syamsul Beli Rumah RM1 Juta Untuk Persiapan Kahwin




Rata-rata semua peminat industri hiburan tanah air sudah mengetahui cerita bahawa pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof bakal bernikah dengan Puteri Sarah Liyana pada Februari ini.

Sebagai persiapannya untuk bergelar suami, Syamsul dikhabarkan sudah membeli kediamannya sendiri yang bernilai sebanyak RM 1 juta yang berlokasi di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan oleh bapa Syamsul sendiri iaitu produser terkenal, Datuk Yusof Haslam menerusi laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Wah! Beruntung sungguh Puteri Sarah, cuci kaki saja lepas kahwin.

Kita doakan sahaja semoga ikatan yang bakal dibina pasangan sama cantik sama padan ini akan diberkati dan segala perancangan mereka dipermudahkan Allah SWT.



Syamsul Beli Rumah RM1 Juta Untuk Persiapan Kahwin Syamsul Beli Rumah RM1 Juta Untuk Persiapan Kahwin Reviewed by Admin on 11:53:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.