Pelajar Unimas di Sarawak Dipercayai Dibunuh



KUCHING – Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superitenden Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital besar di sini untuk bedah siasat.

Pada 4 Januari, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat. – Bernama

Pelajar Unimas di Sarawak Dipercayai Dibunuh Pelajar Unimas di Sarawak Dipercayai Dibunuh Reviewed by Admin on 9:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.