"Saya bukan ahli parlimen di kawasan anda atau wakil rakyat anda. Saya warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara," kata anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah.
Menurut beliau, perkongsian sebelum ini di Facebooknya disalahertikan dan beliau telah diserang secara peribadi akibat hal tersebut.
"Saya tak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya menyatakan kebenaran.
"Saya disalahertikan ketika menyatakan perhimpunan Bersih 4.0 adalah perbuatan yang sia-sia dan bodoh. Saya diserang secara peribadi," katanya di laman Isntagram, @sayanurulzahid.
Beliau juga memaafkan mana-mana pihak yang 'menghina seluruh keturunannya'.
"Saya pohon pada Tuhan agar anda dan seluruh keluarga dan keturunan anda dilindungi dan terlindung oleh fitnah manusia.
"Life must go on (Hidup perlu diteruskan)," akhirinya.
Semalam, perkongsian Nurul Hidayah di laman Facebooknya mendapat perhatian pelayar laman sosial selepas perkongsian tersebut disalahertikan. - Sinar
Anak Zahid Hamidi: Saya Juga Berhak Bersuara
Reviewed by Admin
on
8:41:00 PG
Rating: